Wednesday, March 16, 2011

Hamba Allah Vs Hamba Dunia


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu", (51:56).

1.Di dalam Kamus Dewan edisi ketiga halaman 432, definasi hamba ialah peranti yang dikuasai atau dikawal oleh peranti yang lain. Bermakna hamba ini dikawal, dikuasai, dibawah telunjuk suatu kuasa yang lebih kuat daripadanya. Sudah menjadi adat hamba, ia akan taat kepada kuasa yang mengawalnya. Satu ciri untuk menjadi hamba, ia dikawal dan taat kepada satu kuasa sahaja.


2.Berdasarkan ayat diatas sekali, manusia dicipta Allah swt untuk beribadat kepadaNya. Makna kata yang lain menjadi hamba kepada Allah. Sudah pasti manusia terutamanya Muslim akan mengaku bahawa mereka adalah hamba Allah.


3.Tetapi, percaya atau tidak,benar atau sebaliknya, tanpa kita sedar kita juga mengaku menjadi hamba Dunia. Mungkin tidak dari perkataan, tapi dari perbuatan kita..


4.Setiap hari kita bekerja kita kan ke pejabat. Rata-rata tempat bekerja mempunyai punch card yang akan merekodkan kehadiran, waktu kedatangan dan sebagainya. Kalau boleh kita akan datang awal ke tempat kerja, 5 minit atau 10 minit awal dari waktu masuk kerja. Ini supaya kita tidak mempunyai rekod kedatangan lewat ke pejabat, malah akan dipotong gaji jika lewat! Dan apa pula pandangan bos terhadap kita jika kita datang lewat? jadi kita akan merancang bangun awal, bersiap dan sebagainya agar datang awal ke tempat kerja. begitu juga kepada yang belajar. Akan datang awal ke kelas takut-takut terlepas subjek dan akan mendapat gred yang rendah kerana tidak datang ke kelas. Tetapi berapa ramaikah daripada kita yang panctual untuk melakukan ibadah kepada Allah, solat pada waktunya, datang awal ke masjid untuk solat berjemaah, merancang dengan penuh teliti terhadap ibadahnya kepada Allah. Bahkan akan risau,takut, cuak dia akan direkod melewat-lewatkan ibadah, dipotong pahala dan diberi gred yang rendah di akhirat nanti! Apa pula pandangan Allah terhadap kita nanti?? Adakah kita berfikir begini atau sebaliknya??fikirkan..

5.Kita sangat berbangga jika mendapat pangkat Ir, Dr, Prof, Tun ,Tan Sri, dan sebagainya.Tandanya kita diiktiraf oleh manusia, bangga dengan kebijaksanaan da kehebatan kita. Dan ada pula yang sanggup bertungkus lumus, bersusah payah untuk mendapat semua ini supaya senang di masa hadapan nanti. Sanggup bersengkang mata, berkorban masa, jiwa untuk semua ini. Tetapi berapa ramaikah yang bersusah payah, besengkang mata, berkorban masa dan jiwa untuk menyebarkan risalah dakwah Allah, pangkat yang tinggi lagi mulia disisi Allah di syurga nanti. Berapa ramai yang sanggup?? Sesungguhnya usaha kita terhadap Allah akan dipandang tinggi oleh Allah dan balasannya amat besar disisi Allah jika kita mengetahuinya..


6."Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)" (13:26).

Tulisan ini untuk mengingatkan diri SP dan saudara-saudara seagamaku agar tidak hanyut dek pangkat, harta di dunia ini. Bersyukur dengan nikmat Allah itu walaupun sedikit. Berdoa agar Allah menetapkan hati-hati kita di jalanNya.Amin..


3 comments:

  1. salam.

    bes la blog ni! one day, nak wat blog as anon jugak.. "menulis bukan kerana name" insyaAllah

    ReplyDelete
  2. menulislah.. sebab ilmu berkembang dgn kertas dan pena... kenapa dlm quran Allah sebut "...ajarkan mu melalui kertas dan pena..." (sori lupa surah apa)... persoalannya kenapa Allah sebut kertas dulu...SP or anyone tolong jawab..hehe..

    ReplyDelete
  3. Mungkin Allah sebut kertas dulu kerana sebelum kita mengajar(menulis) kita perlu belajar dulu tak gitu? Rasa-rasanya lah.(Correct me if i'm wrong).

    ReplyDelete