Tuesday, August 24, 2010

Solat Berjemaah: Asas kekuatan Peribadi, Masyarakat dan Ummah

1. Salam Ramadhan Al- Mubarak. Rasanya belum terlambat lagi SP ucapkan salam Ramadhan kepada Muslimin Muslimat walaupun kita sekarang sudah berada di pertengahan Ramadhan yang disifatkan Rasulullah S.A.W. 10 pertengahan Ramadhan adalah maghfirah.

2. Dalam Bulan ini, kita banyak diperdendangkan dengan perbuatan-perbuatan khianat yang seakan-akan habit orang kita iaitu kes gejala sosial a.k.a pembuangan bayi. Setiap hari di dada-dada akhbar, media elektronik hatta suara-suara segar rakyat memperkatakan isu ini. Apakah kesilapan atau palitan dosa yang kita tidak sedar mengenai hal ini? SP coba merungkai dan menganalisis melalui bacaan-bacaan dan fikiran SP.

3. Satu kajian dariseorang Pakar Motivasi negara kita, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah iaitu " Mengikut kajian yang telah dibuat olehnya sendiri mengenai solat, Dato' Dr. mendapati bahawa 80% penduduk Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat TIDAK meTUNAIkan dengan cukup SOLAT 5 waktu sehari semalam"! Nah! satu kajian mengejutkan dalam sebuah Negara Islamik contoh!

4. Firman Allah: " Sesungguhnya solat dapat menghalang orang yang menunaikannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar." Kurangnya solat, pengabdian kepada Allah menyebabkan banyaknya berlaku perkara-perkara mungkar nyata maupun sembunyi.

5. Dalam suatu hadis, riwayat daripada Imam Muslim daripada Abdullah Bin Mas'ud, katanya: " sesungguhnya di zaman kami,tidak ada sesiapa pun yang meninggalkan solat jemaah, melainkan orang munafik yang telah dimaklumi kemunafikannya." Jelas sekali, solat jemaah amat penting bagi membentuk peribadi individu hatta masyarakat. Bagaimana solat berjemaah boleh membentuk peribadi, masyarakat dan ummah?

6. Asas mendirikan solat itu sendiri mengajar menjauhi perkara mungkar. Permulaan mengangkat takbir kita melafazkan Allahuakhbar. Pertukaran dari posisi ke posisi dalam solat, berdiri ke rukuk, ke sujud, duduk antara dua sujud semuanya dilafazkan Allahuakhbar. Signifikan, setiap inci perkara kita lakukan baik apa jua perkara wajib membesarkan Allah S.W.T. Apabila Allah itu besar dari setiap sudut perkara, sudah pasti Inshaallah perkara-perkara yang dilarang dan tidak disukaiNya akan kita jauhkan! Adat dunia pabila menyambut orang-orang besar, sudah tentu perkara yang tidak disukainya tidak akan diadakan dalam majlis yang dihadirinya. Begitulah dengan Allah bahkan sepatutnya lebih lagi.

7. Di dalam solat, kita membaca surah Al-Fatihah 17 kali sehari semalam. Ayat ke 5 surah Al- Fatihah bermaksud, " Engkau-lah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan". Riwayat dari Mu'az Bin Jabal yang menyatakan: " Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda kepada Mu'az Wahai Mu'az! Demi Allah! Sesungguhnya aku menyayangimu.Janganlah kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu, "Wahai Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMU, sentiasa bersyukur kepadaMU dan sentiasa memperbaiki ibadah kepadaMu". Hingga melakukan ibadah kepada Allah pun kita wajib memohon kepadaNya inikan pula menjauhi perkara mungkar.

8. Frontal Lobe. Frontal Lobe ialah kawasan otak manusia terletak di kawasan hemisfera cerebral (bahagian dahi). Fungsi eksekutifnya adalah mengenal pasti sebab-sebab sesuatu current actions atau perbuatan semasa sama ada perkara itu baik atau buruk. Kerosakan kawasan ini boleh menyebabkan masalah antaranya fleksibeliti otak dan socialization diminish or increase atau tahap kesosialan meningkat bagi individu. Penyelesaiannya.Sujud. Setiap kali sujud kita kepada Allah dalam solat membantu kita memelihara kawasan otak ini. Tanpa kita sedar..

9. Apabila melakukan solat berjemaah di masjid, kedudukan solat bagi lelaki dan wanita diasingkan lelaki dihadapan diikuti wanita dibelakang. Dipisahkan melalui kain-kain tabir. Ia memberi syarat bahawa lelaki dan wanita tidak boleh bergaul bercampur gaul dengan bebas. Lihat. Bermakna solat berjemaah mendidik kita untuk tidak bercmpur secara bebas lelaki dan wanita!

10. Pendedahan dan pendidikan mengenai solat berjemaah haruslah diberi sejak seusia kecil lagi serta dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah dan menengah perlu mempunyai musolla atau surau untuk kemudahan pelajar untuk solat berjemaah. Contohilah sekolah-sekolah pondok. Dibina dan dibangunkan dengan pembinaan masjid didalam kawasan pondok. Sama naik ilmu dunianya dan akhiratnya. Perlu kita mengubah persepsi mengenai sekolah pondok yang kita pandang seolah-olah low class infrastrukturnya. Kita katakan pondok menumpukan soal agama sahaja tidak betul. Mendidik sahsiah yang baik lebih susah digilap daripada mendidik ilmu dunia. Syukurlah sekolah SP dulu mempunyai surau dan setiap kali waktu Zohor dan Asar solat berjemaah dikerjakan. Diimamkan oleh Guru dan terkadang jua oleh pelajar-pelajar.Walaupun SP pernah kantoi breakdance di surau dan disedari oleh guru kanan sekolah!

*SP mengesyorkan sahabat-sahabat membaca buku Solat Berjemaah: Asas kekuatan Peribadi, Masyarakat dan Ummah tulisan Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz. Guru Pondok Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat untuk kupasan yang lebih.Tidak rugi untuk memiliki buku ini.Membeli sambil menderma.

6 comments:

  1. Terrbaikk..jom la Tun Sahar,kita solat jemaah kat Surau FKM UMP Pekan...ade bran?

    ReplyDelete
  2. jom bro..semarakkan semangat cinta solat berjemaah!

    ReplyDelete
  3. terer breakdance ke bro...kat surau plaza Rah x wat plak...haha

    ReplyDelete
  4. nohoho..xle bro kt situ..byk spy..ruang pn kecik.. hehe

    ReplyDelete
  5. tun saharuddin...dah kembali bersinar dalam blog. bagus2.. camni la baru boleh menerjah akal para pembaca. give more bro... good job.

    ReplyDelete
  6. Hazwan: terima kasih.SP menulis hny ingin berkongsi ilmu. SP berharap doa2 dr pembaca agar SP dpt ilham2 untuk menulis..

    ReplyDelete