Wednesday, December 31, 2008

Renungan...

Salah satu ayat Al-Quran membuatkan sayur pucuk berfikir sejenak setelah membaca maksud ayat tersebut.Ayat dari Surah Al-An'aam ayat ke 44 yang bermaksud:

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya,Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)

sejenak membaca maksud ayat ini membuatkan sayurpucuk berfikir sejenak..bahawa kadang-kadang Allah memberi kepandaian dan kebijaksanaan dan apabila kita diuji dengan Allah menarik nikmat itu, kita terus berputus asa.Contohnya apabila kita mendapat markah yang rendah dalam sesuatu ujian sedangkan pada kebiasaannya kita memperoleh markah yang tinggi,timbul dihati rasa untuk putus asa.Sepatutnya kita patut berikhtiar dan meminta pertolongan daripada Allah untuk menempuhi ujian itu. Dan sayurpucuk berpesan kepada diri sendiri dan juga anda supaya kita tidak akan mempunyai rasa putus asa jika ditimpakan dengan ujian daripada Allah s.w.t.InshaAllah..

No comments:

Post a Comment