Wednesday, March 16, 2011

Hamba Allah Vs Hamba Dunia


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu", (51:56).

1.Di dalam Kamus Dewan edisi ketiga halaman 432, definasi hamba ialah peranti yang dikuasai atau dikawal oleh peranti yang lain. Bermakna hamba ini dikawal, dikuasai, dibawah telunjuk suatu kuasa yang lebih kuat daripadanya. Sudah menjadi adat hamba, ia akan taat kepada kuasa yang mengawalnya. Satu ciri untuk menjadi hamba, ia dikawal dan taat kepada satu kuasa sahaja.


2.Berdasarkan ayat diatas sekali, manusia dicipta Allah swt untuk beribadat kepadaNya. Makna kata yang lain menjadi hamba kepada Allah. Sudah pasti manusia terutamanya Muslim akan mengaku bahawa mereka adalah hamba Allah.


3.Tetapi, percaya atau tidak,benar atau sebaliknya, tanpa kita sedar kita juga mengaku menjadi hamba Dunia. Mungkin tidak dari perkataan, tapi dari perbuatan kita..


4.Setiap hari kita bekerja kita kan ke pejabat. Rata-rata tempat bekerja mempunyai punch card yang akan merekodkan kehadiran, waktu kedatangan dan sebagainya. Kalau boleh kita akan datang awal ke tempat kerja, 5 minit atau 10 minit awal dari waktu masuk kerja. Ini supaya kita tidak mempunyai rekod kedatangan lewat ke pejabat, malah akan dipotong gaji jika lewat! Dan apa pula pandangan bos terhadap kita jika kita datang lewat? jadi kita akan merancang bangun awal, bersiap dan sebagainya agar datang awal ke tempat kerja. begitu juga kepada yang belajar. Akan datang awal ke kelas takut-takut terlepas subjek dan akan mendapat gred yang rendah kerana tidak datang ke kelas. Tetapi berapa ramaikah daripada kita yang panctual untuk melakukan ibadah kepada Allah, solat pada waktunya, datang awal ke masjid untuk solat berjemaah, merancang dengan penuh teliti terhadap ibadahnya kepada Allah. Bahkan akan risau,takut, cuak dia akan direkod melewat-lewatkan ibadah, dipotong pahala dan diberi gred yang rendah di akhirat nanti! Apa pula pandangan Allah terhadap kita nanti?? Adakah kita berfikir begini atau sebaliknya??fikirkan..

5.Kita sangat berbangga jika mendapat pangkat Ir, Dr, Prof, Tun ,Tan Sri, dan sebagainya.Tandanya kita diiktiraf oleh manusia, bangga dengan kebijaksanaan da kehebatan kita. Dan ada pula yang sanggup bertungkus lumus, bersusah payah untuk mendapat semua ini supaya senang di masa hadapan nanti. Sanggup bersengkang mata, berkorban masa, jiwa untuk semua ini. Tetapi berapa ramaikah yang bersusah payah, besengkang mata, berkorban masa dan jiwa untuk menyebarkan risalah dakwah Allah, pangkat yang tinggi lagi mulia disisi Allah di syurga nanti. Berapa ramai yang sanggup?? Sesungguhnya usaha kita terhadap Allah akan dipandang tinggi oleh Allah dan balasannya amat besar disisi Allah jika kita mengetahuinya..


6."Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)" (13:26).

Tulisan ini untuk mengingatkan diri SP dan saudara-saudara seagamaku agar tidak hanyut dek pangkat, harta di dunia ini. Bersyukur dengan nikmat Allah itu walaupun sedikit. Berdoa agar Allah menetapkan hati-hati kita di jalanNya.Amin..


Sunday, March 13, 2011

Benar Vs Batil


Sudah hampir 7 bulan SP tidak menulis sebarang artikel didalam blog SP ni. SP mengambil masa yang agak lama untuk menulis artikel. Hari ini terasa ingin menulis sesuatu didalam blog. Satu pandangan yang ingin dikongsi SP dgn sahabat-sahabat yang membaca blog ini.

Kata-kata Imam Ghazali r.a (kalau tak silap SP, jika salah tolong betulkan), "Kebatilan seringkali akan mengatasi kebenaran kerana disiplin".

Ya, kita umum mengetahui kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Tetapi apa yang kita lihat realiti sekarang ini, kebatilan sentiasa mengatasi kebenaran. Ini adalah disebabkan salah satunya ialah disiplin. kader-kader kebatilan merancang dengan penuh teliti untuk mengatasi kebenaran manakala kader-kader kebenaran merancang dengan kurang disiplin walaupun yakin kebenaran pasti mengatasi kebatilan. Ini antara sebab mengapa kebatilan seringkali mengatasi
kebenaran. Sunatullah tidak diikut dengan betul.

Satu analogi SP berikan. Dua orang pekebun menanam pokok jagung di kebun. Pekebun A menanam jagung menggunakan baka jagung biasa, baja biasa, menanam pokok seperti biasa. cucuk,bubuh baja, siram setiap hari. Manakala Pekebun B menanam jagung menggunakan baka jagung yang terbaik,baja yang terbaik menanam pokok dengan taktik tanaman yang berkesan, mempunyai sistem penyiraman berkala terbaik, dan membuat statistik mengenai tanamannya.

Sudah pastinya kedua2 pekebun terbabit akan mendapat hasil dengan izin Allah, tetapi pada fikiran kita yang manakah akan mendapat hasil yang terbaik? Sudah pastinya Pekebun B mndapat hasil yang terbaik kerana dia mengikut Sunatullah.

Begitulah hakikatnya dengan kebenaran. Ia perlu dirancang dengan penuh teliti oleh penegak-penegak kebenaran. setiap mereka perlu mempunyai disiplin yang tinggi. Tetapi disiplin yang bagaimanakah? Pada pandagan SP, disiplin yg dicari dan dipunyai mempunyai 4 ciri iaitu disiplin kepada Allah, disiplin kepada Rasul, disiplin kepada diri dan disiplin kepada masyarakat.

1.Disiplin kepada Allah

Ini merupakan kriteria disiplin yang utama perlu ada pada kader-kader kebenaran. Hubungan dengan Allah perlulah kuat,rapat dan dekat. Ini kerana kepadaNya sahaja kita memohon pertolongan. Tiada tempat bergantung harap selain kepada Allah. Sudah pasti kita tidak dapat melawan kebatilan tanpa bantuan dari Allah. Oleh itu,hubungan denganNya harus rapat. Antaranya sering melakukan Qiamulail, solat Tahajjud, menjaga Solat 5 waktu berjamaah, membaca Al Quran disamping melakukan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Sesungguhnya perkara-perkara ini dapat mendekatkan kita kepada Allah.

2.Disiplin kepada Rasul

Setiap kader-kader kebenaran perlu menjadikan perjuangan Nabi dan Rasul terutama Rasulullah S.A.W sebagai contoh. Firman Allah swt maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74). Sesungguhnya setiap kader-kader perlu mengkaji sirah sifat pergerakan (harakah) nabi menyampaikan dakwah dan kebenaran. Untuk menyampaikan kebenaran tidak ada jalan yang terbaik kecuali jalan yang Rasullullah gunakan. Itulah jalan terbaik.

3.Disiplin kepada diri

Setiap kader kebenaran perlu menjaga hati dan diri mereka dari perkara-perkara maksiat. Hati perlu bersih dari segala kekotoran,perkara mazmumah seperti malas, takut dan sebagainya. Makanan yang di makan perlulah datang dari sumber yang halal kerana dari makanan membentuk darah daging. makanan dari sumber halal Inshaallah akan membentuk peribadi yang baik. Setiap kader harus mengerti untuk menjadi penegak kebenaran, sudah pastinya memerlukan semangat dan jati diri yang utuh untuk mengharung badai melawan kebatilan. Sudah pasti menegakkan kebenaran akan ditentang.setiap kader perlu perlu menghadapi dengan bijaksana dan strategi yang berkesan.
Dan yang lebih utama, kader sanggup berkorban harta dan jiwa demi menyebarkan kebenaran.inilah sifat penting yang perlu ada dan yang paling susah untuk dicapai. Berapa ramai yang mampu berkorban pangkat tinggi mereka, gaji-gaji sebulan mereka yang mencecah 10k sebulan, keadaan yang selesa dan serba cukup, anak-anak dan isteri tercinta untuk menegakkan kebenaran. Hanya segolongan kecil sahaja yang mampu. Jika ada sifat ini, Masyaallah betapa besar balasannya nanti diberikan oleh Allah swt diakhirat kelak..
Firman Allah Swt, : " Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji benar Allah di dalam Taurat, Injil, Al-Quran. Dan siapakah lebih menepati janji selain dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itu kemenangan yang agung". (surah At-Taubah:111)

4.Disiplin kepada Masyarakat

Setiap kader-kader kebenaran perlu turun ke masyarakat menyebarkan risalah-risalah kebenaran. Keutuhan semangat perlu ada untuk membawa risalah kebenaran kerana berhadapan dengan masyarakat untuk mendidik mereka mengenai kebenaran bukanlah perkara semudah ABC, petik jari sahaja ramai yang akan datang mendengar. Masyarakat perlu dididik secara perlahan-lahan tetapi berterusan (istiqamah). Disini memerlukan pengorbanan yang besar oleh kader-kader kebenaran. Disiplin inilah merupakan output (keluaran) yang dikehendaki. setiap dari masyarakat mendapat risalah kebenaran dan natijahnya sangat besar bagi pihak kebenaran. Dengan risalah kebenaran dididik didalam hati masyarakat, Inshaallah kebatilan tidak dapat beranak didalam masyarakat, wang dan pangkat tidak dapat merasuahi masyarakat untuk menerima kebatilan.

Inilah titik mula yang perlu dilakukan untuk membawa risalah kebenaran. Inshaallah, kebenaran pasti mengatasi kebatilan..

(Tulisan ini ditujukan khas kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang mengaku dirinya Islam dan umat Rasulullah SAW!!)


Tuesday, August 24, 2010

Solat Berjemaah: Asas kekuatan Peribadi, Masyarakat dan Ummah

1. Salam Ramadhan Al- Mubarak. Rasanya belum terlambat lagi SP ucapkan salam Ramadhan kepada Muslimin Muslimat walaupun kita sekarang sudah berada di pertengahan Ramadhan yang disifatkan Rasulullah S.A.W. 10 pertengahan Ramadhan adalah maghfirah.

2. Dalam Bulan ini, kita banyak diperdendangkan dengan perbuatan-perbuatan khianat yang seakan-akan habit orang kita iaitu kes gejala sosial a.k.a pembuangan bayi. Setiap hari di dada-dada akhbar, media elektronik hatta suara-suara segar rakyat memperkatakan isu ini. Apakah kesilapan atau palitan dosa yang kita tidak sedar mengenai hal ini? SP coba merungkai dan menganalisis melalui bacaan-bacaan dan fikiran SP.

3. Satu kajian dariseorang Pakar Motivasi negara kita, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah iaitu " Mengikut kajian yang telah dibuat olehnya sendiri mengenai solat, Dato' Dr. mendapati bahawa 80% penduduk Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat TIDAK meTUNAIkan dengan cukup SOLAT 5 waktu sehari semalam"! Nah! satu kajian mengejutkan dalam sebuah Negara Islamik contoh!

4. Firman Allah: " Sesungguhnya solat dapat menghalang orang yang menunaikannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar." Kurangnya solat, pengabdian kepada Allah menyebabkan banyaknya berlaku perkara-perkara mungkar nyata maupun sembunyi.

5. Dalam suatu hadis, riwayat daripada Imam Muslim daripada Abdullah Bin Mas'ud, katanya: " sesungguhnya di zaman kami,tidak ada sesiapa pun yang meninggalkan solat jemaah, melainkan orang munafik yang telah dimaklumi kemunafikannya." Jelas sekali, solat jemaah amat penting bagi membentuk peribadi individu hatta masyarakat. Bagaimana solat berjemaah boleh membentuk peribadi, masyarakat dan ummah?

6. Asas mendirikan solat itu sendiri mengajar menjauhi perkara mungkar. Permulaan mengangkat takbir kita melafazkan Allahuakhbar. Pertukaran dari posisi ke posisi dalam solat, berdiri ke rukuk, ke sujud, duduk antara dua sujud semuanya dilafazkan Allahuakhbar. Signifikan, setiap inci perkara kita lakukan baik apa jua perkara wajib membesarkan Allah S.W.T. Apabila Allah itu besar dari setiap sudut perkara, sudah pasti Inshaallah perkara-perkara yang dilarang dan tidak disukaiNya akan kita jauhkan! Adat dunia pabila menyambut orang-orang besar, sudah tentu perkara yang tidak disukainya tidak akan diadakan dalam majlis yang dihadirinya. Begitulah dengan Allah bahkan sepatutnya lebih lagi.

7. Di dalam solat, kita membaca surah Al-Fatihah 17 kali sehari semalam. Ayat ke 5 surah Al- Fatihah bermaksud, " Engkau-lah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan". Riwayat dari Mu'az Bin Jabal yang menyatakan: " Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda kepada Mu'az Wahai Mu'az! Demi Allah! Sesungguhnya aku menyayangimu.Janganlah kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu, "Wahai Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMU, sentiasa bersyukur kepadaMU dan sentiasa memperbaiki ibadah kepadaMu". Hingga melakukan ibadah kepada Allah pun kita wajib memohon kepadaNya inikan pula menjauhi perkara mungkar.

8. Frontal Lobe. Frontal Lobe ialah kawasan otak manusia terletak di kawasan hemisfera cerebral (bahagian dahi). Fungsi eksekutifnya adalah mengenal pasti sebab-sebab sesuatu current actions atau perbuatan semasa sama ada perkara itu baik atau buruk. Kerosakan kawasan ini boleh menyebabkan masalah antaranya fleksibeliti otak dan socialization diminish or increase atau tahap kesosialan meningkat bagi individu. Penyelesaiannya.Sujud. Setiap kali sujud kita kepada Allah dalam solat membantu kita memelihara kawasan otak ini. Tanpa kita sedar..

9. Apabila melakukan solat berjemaah di masjid, kedudukan solat bagi lelaki dan wanita diasingkan lelaki dihadapan diikuti wanita dibelakang. Dipisahkan melalui kain-kain tabir. Ia memberi syarat bahawa lelaki dan wanita tidak boleh bergaul bercampur gaul dengan bebas. Lihat. Bermakna solat berjemaah mendidik kita untuk tidak bercmpur secara bebas lelaki dan wanita!

10. Pendedahan dan pendidikan mengenai solat berjemaah haruslah diberi sejak seusia kecil lagi serta dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah dan menengah perlu mempunyai musolla atau surau untuk kemudahan pelajar untuk solat berjemaah. Contohilah sekolah-sekolah pondok. Dibina dan dibangunkan dengan pembinaan masjid didalam kawasan pondok. Sama naik ilmu dunianya dan akhiratnya. Perlu kita mengubah persepsi mengenai sekolah pondok yang kita pandang seolah-olah low class infrastrukturnya. Kita katakan pondok menumpukan soal agama sahaja tidak betul. Mendidik sahsiah yang baik lebih susah digilap daripada mendidik ilmu dunia. Syukurlah sekolah SP dulu mempunyai surau dan setiap kali waktu Zohor dan Asar solat berjemaah dikerjakan. Diimamkan oleh Guru dan terkadang jua oleh pelajar-pelajar.Walaupun SP pernah kantoi breakdance di surau dan disedari oleh guru kanan sekolah!

*SP mengesyorkan sahabat-sahabat membaca buku Solat Berjemaah: Asas kekuatan Peribadi, Masyarakat dan Ummah tulisan Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz. Guru Pondok Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat untuk kupasan yang lebih.Tidak rugi untuk memiliki buku ini.Membeli sambil menderma.

Sunday, April 4, 2010

Arak Oh Arak....


1.Hari ini SayurPucuk berkesempatan membeli akhbar di kedai runcit. Artikel di dalam akhbar alternatif Malaysia, Harakah mengenai arak di Malaysia menarik perhatian minda SayurPucuk.

2.Ia merupakan teks ucapan penuh oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada 29 Mac 2010. Antara isi kandungan teks tersebut mengatakan MALAYSIA menduduki tangga ke 10 terbesar dalam pengambilan arak didunia! WOW..

3 .1 kajian dikalangan pesakit yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) pada 1993, 48% daripadanya mengaku minum arak, 1/3 ketagihan arak, 61% pesakit cina, 60% pesakit India, 30% pesakit MELAYU!.itu kajian pada 1993. 2010?? fikirkan..

4.Seksyen 32(1) (c) membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65(d) Akta Kastam 1967. Seksyen 32(c) mengatakan bahawa sekiranya jualan runcit ini tidak melebihi 27 liter bersamaan 77 tin bir 350mm 1 tin!

5.Selain itu, antara teks yg menarik perhatian, "Jadi bermakna di Malaysia di mana-mana KEDAI RUNCIT boleh menjual minuman beralkohol kalau disimpan tidak lebih daripada 27 liter."

6.Jika kita mengatakan kita seorang MUSLIM di Malaysia maupun di mana-mana, isu ini patut diberi sudut pandang yang serius. Jika tidak ada mekanisme untuk membendung maupun menyekat, tak lama lagi pakcik-pakcik, abang-abang, adik-adik kita di kampung boleh menikmati arak dengan senang!

7.SayurPucuk menyeru pihak-pihak berwajib dapat menyediakan mekanisme membendung dan menyekat penjualan arak dari merebak bak cendawan tumbuh selepas hujan dengan menghadkan penjualan2 arak ataupun apa sahaja mekanisme yang dirasakan dapat dibuat pihak berwajib.

8.SayurPucuk juga menyeru wahai saudara2 MUSLIMku...mari kita mneyebarkan dakwah,menyampaikan nasihat,pesanan malahan ilmu pengetahuan kepada saudara2 kita yang masih leka dibuai kehidupan dunia tentang arak ini.

9.Wahai pemuda beriman!wahai pemuda ISLAM.ayuh kita nasihat menasihati golongan2 belia kita khususnya untuk menjauhi arak. Sudahlah kita menjadi juara dalan judi,pesta seks dan maksiat,buang bayi dan sebagainya.takkan arak juga kita ingin menjadi juara!

10.Di dalam Al Quran menyebut: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya ARAK, judi, pemujaa berhaladan brtenung nasib adalah najis daripada amalan syaitan dan maka jauhilah sekiranya kamu hendak menjadi orang-orang yang berjaya..


Thursday, March 5, 2009

TouGh ke??

Sejak start sem ni, hampir 4/7 daripada penghuni C-25 boleh dikategorikan gile.hahaha..bukan gile talak..bkn gile perempuan(tapi ada gak kot..hehe..jgn marah).Tetapi....bebudak ni dah gile kate badan diorg ni TOUGH..sasa dalam bahasa melayu..hahaha..(sayurpucuk pun termasuk gak)..daripada pemerhatian2 engineeer,root causes penyakit ini berpunca dari seorang abang kawasan..nama suspek pembawa wabak bernama RAMO..haha..dia ini la puncanyer.mana taknyer, dak ni yg pencetus revolusi2 dak2 C-25 untuk menjadi sasa..hahaha..MIND CONTROL nyer sgt ditakuti...ia membiak apabila pembawa wabak ini membiak di mediumnya yg paling sesuai..CERMIN..asal jumpa je cermin, ayat ni pn keluar.."bapak semat dowh badan aku..", "aku rase badan aku dah ade shape","klo der 6 pack berlari kat pntai x pkai baju"..ini semua adalah mind control dari pembawa wabak ini..ia boleh membawa kepada keJELESan,KeTIDAKpuahatian(ai geram aku)kepada pembawa wabak..dia juga membiak dengan mengubah struktur DNAnye dengan makan protien shake..simptom2 wabak ini boleh dilihat dirumah C-25.antara simptom2nye adalah posisi cermin berubah dari horizontal ke vertical,lambakan alat2 gym,makanan2 untuk otot dan sebagainye..oleh itu, ambillah langkah berjaga2 menangani wabak ini..mungkin ia akan muncul di rumah2 anda..sapa tahu..hahaha...

Tuesday, March 3, 2009

Muncul Balik..

haha...lama dowh sayurpucuk x post artikel.Bukan ape, index sayur pucuk ditutup bercampur2.haha..mana x nyer,sayurpucuk xtau nak tulis ape sebab tu x post apa2 artikel.xpe2 lepas ni sayurpucuk posting artikel baikkkk punyer.haha..ok lah chow dlu..

Thursday, January 1, 2009

menjadi blogger..

Haha..akhirnya aku berjaya menjadi blogger..4 bulan yang lalu sayurpucuk(aku la tu) dah bercadang nak buat blog..tapi sayurpucuk tak tau nak tulis apa..haha..yela ingat senang ke nk tulis artikel..nak tulis mesti la yg boleh menarik minat orang nak baca blok ko..kalau tak buang masa je buat..hehe..pada masa tu artikel pertama yg bermain di minda sayurpucuk nak postkan cerita pasal sayurpucuk meniaga nasi lemak kt Universiti dgn seorang member sayurpucuk..tapi terbengkalai..haha..tak laku beb.. tak de orang nk beli cerita sayurpucuk..haha..takpe-takpe.. lepas ni sayurpucuk akan cuba tulis artikel yg menarik di samping boleh memberi ilmu kepada pembaca-pembaca..itulah hajat sayurpucuk sebenarnya untuk membuat blog..harap-harap tercapai..okla setakat ni sahaja aku menulis dahulu..kita berjumpa di masa akan datang..sayurpucuk nak g masak masak lemak sayurpucuk jap..lapo ni..hehe..chow..